Showing posts with label goresan hati. Show all posts
Showing posts with label goresan hati. Show all posts

Tuesday, July 29, 2008

untaian goresan

Biarkan aku terbaring dalam lelapku..
Kerana jiwa ini telah dirasuki cinta..
Dan biarkan daku istirahat..
Kerana batin ini memiliki segala..

Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa..
Agar mewangi di sekeliling ranjang ini..
Taburi tubuh ini dengan bunga mawar melati..
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa..
Olesi kaki-kaki ini dengan wangian..

Biarkan ku istirahat di ranjang ini..
Kerana kedua bola mata ini telah teramat lelah..
Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran..
Dan menyejukkan jiwa..
Terbangkan dawai-dawai harpa..
Dan singkapkan tabir lara hati..

Nyanyikanlah masa-masa lalu..
Seperti engkau memandang fajar harapan..
Berirama ghaib begitu lembut..
Bagai ranjang kapas tempat hatiku terbaring..

Janganlah kau menitikkan airmata..
Tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga..
Semai jari-jemari menyambut mahkota fajar..
Dengarkan kibaran kepak sayap-sayap..
Dan ucapkanlah selamat tinggal buatku..
Ciumlah mataku dengan seulas senyum maya..
Biarkan anak-anakku merentang tangan-tangan mungilnya..

Dengan kelembutan jemari mereka menyentuhku

Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku..
Dan memberkatiku..
Dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku..
Dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku...
.